Salam sejahtera buat pengunjung blog ini. Nampak gayanya, sudah lama blog ini tiada info baru berkaitan forex. Agak kesibukan dalam kehidupan seharian khususnya berkaitan tesis yang sudah mula menampakkan 'taring' dan 'ranjau'nya.
Seiringan itu, aku memulakan langkah baru dalam forex dengan langkah yang lebih tersusun dan teratur.
Back to basic! Aku memulakan dengan langkah yang disusun pada tahun 2007 lalu. Aku kembali ke tapak itu. MARKETIVA!
Seingat aku, tidak sampai seminggu akaun di MARKETIVA yang dibuka pada tahun 2007, telah ranap. USD5 yang dapat free telah punah. Akaun virtual juga susut. Akhirnya aku tewas dan hilang harapan untuk forex...
Kini bermula di tapak itu juga aku memulakan langkah baru dengan lebih yakin. Aku cuba membuka akaun baru atas nama sendiri.. Sempat juga akaun usd5 yang diberi menjadi usd7 dalam masa sehari. Tiba-tiba, akaun aku kena block sebab memiliki 2 akaun untuk 1 nama. Hampeh.. Aku berhubung dengan
live support. Baru aku ketahui bahawa akaun aku telah disekat kemaraannya. Aku diminta untuk mengaktifkan kembali akaun lama. Heheheh. Aku ketawa kecil apabila melihat akaun lama aku sejak 2007 yang tak berusik sehinggakan password juga aku telah lupa. Adehhhh... usd 0.00918 (live). Tu dia...bakinya!
Aku memulakan langkah dengan "cara dan lenggok berjalan" yang baru walaupun di tapak yang sama. Aku membuka akaun baru atas nama mem besor. Untuk itu, inilah hasil untuk hari ini... Alhamdulillah.
BACK TO BASIC..
manual trade!!!
Untuk hari ini :
204 pips hijau... usd1.45..
Langkah pertama untuk acc mem besor
Akaun aku bagaimana? Hehehhe..Biarlah rahsia
0 comments: